Tuesday, April 14, 2009

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim (lahir 15 April 1942)merupakan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan dan bekas Menteri Luar Negara Malaysia.
Dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan.Pernah menjadi guru bahasa selepas tamat perguruan di Institut Bahasa Lembah Pantai pada tahun 1964. Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di High University of Singapore dan menerima ijazah pertama pada tahun 1973. Memperolehi ijazah kedoktoran undang-undang dari University of London pada 1994.
Memulakan kerjaya politiknya dengan menjadi Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1974-1976), Timbalan Menteri Undang-undang (1976-1977), dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1977-1978). Datuk Dr. Rais pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 1978 hingga 1982.
Beliau pernah bersama Tengku Razaleigh Hamzah keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Semangat 46. Namun setelah Semangat 46 dibubarkan, beliau kembali ke pangkuan UMNO.

No comments: