Monday, March 16, 2009

Angkara Bubur Cair

Dari petikan MyMetro Oleh Zalifah Mohd Yatim(zalifah@hmetro.com.my)

SEGAMAT: Hanya kerana menyediakan bubur terlalu cair, seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa disiram air panas, dirotan dan ditumbuk majikan wanitanya di sebuah rumah di Taman Segar di sini, kelmarin.Ketika kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Siami, 27, mendakwa diminta menyediakan bubur tetapi membuatnya terlalu cair hingga menimbulkan kemarahan majikan yang mencurah air panas ke badannya sebelum menumbuk mata dan memukulnya dengan rotan.Akibat tidak tahan dengan perbuatan itu, wanita yang dipercayai baru lima bulan bekerja di rumah bekas guru sandaran terbabit melarikan diri ke rumah jiran meminta pertolongan sebelum diambil semula majikannya dan dibawa pulang ke rumah.Bagaimanapun, jiran majikan mangsa yang bimbangkan nasib pembantu rumah berkenaan menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan.Susulan itu, mangsa dibawa polis membuat laporan sebelum dihantar ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan dengan bantuan jiran berkenaan.
Hasil pemeriksaan mendapati mangsa yang berasal dari Jawa Timur mengalami luka pada muka, kaki dan seluruh badan selain tangan kanannya patah.Menurut Siami, keluarga berkenaan majikan pertamanya di negara ini dan dia langsung tidak menyangka hasratnya mencari rezeki di negara ini menjadi pengalaman ngeri apabila didera dan dicederakan majikan.Katanya, sepanjang kira-kira lima bulan bekerja dengan keluarga berkenaan, dia sering ketakutan apabila mendakwa kerap dipukul dan dirotan walaupun hanya melakukan kesalahan kecil.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Sukarno Ahmad Zahari, berkata polis sudah menahan dan mengambil kenyataan majikan mangsa berusia 30 tahun dan wanita itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis.Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan berkenaan.

Friday, March 13, 2009

Taklimat Isu-isu Semasa Kat Angkasapuri

Gambar yang aku ambil pun skit je.Itu pun xberape cantik.sape la aku.Tp boleh la..hehehehe.That why nak sangat kamera Canon.Leh ambil gambar yang jauh skit.Ambil gambar menteri pun xnampak.Al maklum la Hp SE aku cuma 3.2 megapixel je...zoom camne pun camtu gak.baru aku perasaan,xnampak DAKJAT.Budak lain agaknya gi menular.Tp yang pasti budak Johor semua ada...Bagus la korang.Takbir Spring bebbbb....Brigitte.




Thursday, March 12, 2009

Cite Dari DAKJAAT...

Aku jarang baca entri orang lain.Busy dengan keje yang berlambak-lambak.Pagi tadi baru je baca entri darjaat pasal Tapi apakan daya...then posting entri sambil baca entri pasal Kejadian hari ini.. PPSMI!.Baca baca baca, aku terdiam bila terbaca pasal Handphone & Bas Bas Bas!.Ko beli hp baru!!!!!,kebetulan sama lak dengan hp aku SE K770i.



Aku beli Dec 2008.Masa tu ada kes bunuh betul2 dekat rumah aku...Jalan Genuang.
Mulanya aku nak beli SE S500i

tp kena tempah dulu.Lambat la dapat.Masa tu SE yang ada diantaranya K770i.So, beli.Keluar la RM500+.Aku lak tengah saving duit nak beli laptop dan kamera Canon EOS.


Lama lagi la aku dapat semua tu.Aku beli Hp baru pun coz Hp lama aku Nokia 2100

bermasalah sikit...Bila orang call je terus bateri low then off, sedangkan asalnya bateri full.Senior aku bising coz bila dia call aku leh cakap sekejap je.Lepas tu terus off.Aku sayang gan 2100 tu,beli masa tahun 2004.Baling anjing pun anjing leh mati...Dari Nokia tukar ke SE,mula2 memang susah gak.terkial2 la klu nak antar mesage kat kawan tp sekrg dah expert beb...Brigitte

Tension aku...

Jumaat ari tu aku entri pasal SPRM

"budak ni" comment

"adoi .. cubelah buat entri berlandaskan idea sendiri .. ni amek newspaper online punya ape kes???"...

Ko rasa bengang x?.Aku baru je balik dari Felda Residence Trolak ada Khusus Induksi Umum under Kementerian Penerangan lepas tu kena gi Angkasapuri Taklimat Isu-Isu Semasa.Di daerah FO la GSPI dan FO juga la PKPM(aku x merungut,itu memang keje).Bila aku tengok email ada arahan pasal SPRM,buat entri pasal SPRM.Blog aku tu adalah blog penerangan di daerah aku,bukan milik kekal aku.so aku entri yang berunsurkan hiburan dan kerajaan.Aku fikir better aku masukkan pasal ni kat blog aku,xsemua orang baca newspaper kan.Aku xmacam dia,berupaya menulis lebih 15 muka surat(aku pun jarang sebenarnya baca blog budak ni tp suka tengok gambar..tahniah.gambar yang diuploadkan telah memberi gambaran yang jelas dan nyata).TAPI APAKAN DAYA...keje banyak kat office.klu x copy and paste, x jalan la blog aku.baik xyah buat blog.dah la blog aku bos aku tengok.Gambar gi khusus pun aku x upload lagi,dengan email berlambak2 x buka.Bak kata budak tu "Tapi apakan daya" nak buat camne....Brigitte
p/s:Aku x kisah...wakakakakakaka

Friday, March 6, 2009

MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)


KUALA LUMPUR, 24 Feb 2009 -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap semasa Majlis Perasmian Pelancaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Abdullah berkata kerajaan tidak mahu penubuhan SPRM dilihat sebagai retorik semata-mata atau sekadar penjenamaan semula dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke SPRM tetapi sebagai lambang komitmen kerajaan untuk menghapuskan rasuah bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang dihormati tinggi yang mengamalkan budaya integriti dan menolak rasuah dalam semua aspek kehidupan. SPRM telah dilancarkan sebagai satu suruhanjaya pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR), dikendalikan secara agensi bebas di bawah pengawasan seorang Ketua Pesuruhjaya dengan objektif utama penubuhannya adalah untuk membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang berterusan. Sumber : fotoBERNAMA